Tuesday, March 23, 2010

kembara itu

Kembara itu
Terkadang menyakitkan
Terkadang menghiburkan
Mencari makna kasih
Sebuah cinta hakiki

Wahai yang bernama pejuang
Usah kau futur dari pengembaraanmu
Mantapkan dalaman tangkis dugaan
Kerana kau tahu
Dia Maha Tahu apa yang kau cari

Kembara itu
Takkan selamanya susah
Kerana dunia ini roda kehidupan
Dia pasti menunjukkan
Kesenangan selepas kepahitan

Bangunlah wahai pejuang
Kembara kita baru bermula
Masih panjang beribu batu
Biar tergadai masa dan wang
Asal akhirat kita jadi mumtazin..

p/s:benda alah kat atas ni dimaklumkan tidak mengikut format yang betul..

No comments:

Post a Comment