Saturday, March 20, 2010

b.e.r.j.a.y.a

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila berbicara tentang kejayaan,apa yang anda fikirkan?pastinya ia suatu yang menjadi idaman semua orang tidak kira dari peringkat mana dia datang..

Seorang pelajar pastinya inginkan kejayaan berterusan dalam pelajarannya..

Golongan mahasiswa inginkan mutu kajian,penyelidikan dan prestasi diri sentiasa berkadar terus dengan umur yang dilalui..

Pemimpin juga inginkan kaedah pemerintahan yang boleh dibanggakan..

Para ulama’ pula pastinya dengan perbahasan dan perbincangan hukum hakam seiring dengan zaman agar semua yang dilakukan dalam kehidupan sentiasa dibawah aturan agama..

Kerana semua kita diciptakan suka kepada kejayaan,kecemerlangan dan kebahagiaan hidup..dan kerana kita ditarbiah oleh agama agar sentiasa maju dan berdaya saing..juga kerana kita sebenarnya sedang menunaikan tanggungjawab dan amanah yang amat besar..

Kejayaan dan kegagalan adalah suatu yang silih berganti bagai roda kehidupan,pasti ada masa senang dan masa susah,pahit getir dan kemanisan.tidak akan ada yang sentiasa berjaya dalam hidupnya dan tidak ada orang yang sentiasa gagal dalam kembaranya di sini,di dunia yang sementara ini.semua manusia diciptakan punya kelebihan dan kekurangan masing-masing.sebenarnya,kejayaan yang sebenar jauh lebih baik dari kejayaan yang kita pamerkan.betul kan?kerana jika kita gagal,pasti kita akan berusaha sedaya upaya agar kegagalan itu tidak berulang.ya,kerana kita dikurniakan akal adalah untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk.

Analoginya sangat mudah sebagaimana diberikan oleh seorang kakak.semua kita ingin sampai pada suatu tujuan tetapi cabaran dan pagar rintangan itu berbeza-beza.ada yang tinggi,ada yang rendah.Ada juga yang harus menggunakan tangga atau something yang membantu untuk dia melepasi tangga itu..begitulah kita diibaratkan.walau sebagaimana berat pun cubaan hidup,janganlah berputus asa.sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang kafir.oleh itu,marilah kita sama-sama mengenali potensi diri masing-masing.semua kita adalah sama,yang membezakan kita adalah taqwa kita.Taqwalah yang menjaga kita untuk sentiasa kuat dan tabah.Taqwalah yang mengajar kita agar tidak lupa pada tujuan hidup,tanggungjawab dan amanah yang kita bawa.

Kenali potensi diri.Jadikan kejayaan-kejayaan masa lalu sebagai pemangkin semangat dan sumber kekuatan.muhasabah diri,tangga mana dan bahagian mana dari pagar cubaan itu yang kita tewas.bangkitlah dan kuatlah kita dengan kekuatan dari Allah agar kita bisa melepasi bahagian itu.sabarlah hati untuk sentiasa istiqamah dalam setiap langkah usaha kita.moga kejayaan milik kita semua.

Moga kita jadi cawan yang sangat cantik setelah melalui pelbagai proses menyakitkan diri.

Semoga kita jadi anggota masyarakat yang berguna .

Guru yang berperancangan.

Pengusaha yang berfikiran jauh.

Doktor yang berkaliber.

Pemimpin yang berstrategi.

Ulama’ yang berprofessional.

Hamba Allah yang mengharapkan hanya redhaNya.

Khalifah yang diredhai..sama ada khalifah untuk diri atau masyarakat atau negara.

A long journey must be start with first step!

No comments:

Post a Comment