Friday, August 20, 2010

Islamic Parenting - The Three

saje nak share

semoga ada yang mengerti makna tersirat
di sebalik posting ini
ini kutujukan untuk ummah
biar aku dan kamu mengerti
bahawa segalanya perlu bermula dari diri kita

3:185,186

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh,dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang MEMPERDAYA. 3:185

Kamu pasti diuji dengan hartamu dan dirimu.Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik.Jika kamu bersabar dan bertaqwa,maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang (patut) diutamakan. 3:186

sketsa

sepanjang perjalanan ini
sejenak kau menoleh ke belakang
mengingati kisah-kisah silammu
kau kan temui suka dan duka
pahit dan manis
kegagalan dan kejayaan

terkadang terasa asing
akukah di realiti itu
mimpi apakah ini
dalam sejarah itu

ketahuilah
sesungguhnya itulah hidupmu
itulah kasihNya padamu
Dia sedang mengawasimu
yang menjatuhkanmu
yang memimpinmu dari lembah kelemahan

bersyukurlah
kerana Dia memberi hidup ini
untuk kau dan aku berlakon
teruskan sketsa kita
jangan futurkan diri
kerana kita yakin Dia ada bersama

bersyukurlah
untuk kejayaan yang lalu
buat semangat teruskan perjuangan

bersyukurlah
untuk kegagalan masa silam
kerana Dia mengajarmu
erti kasihNya

ayuh sama-sama
pimpinlah tanganku
aku juga akan memimpin tanganmu
jangan pernah lepas
bersama melepasi rahsia-rahsia dariNya.

Thursday, August 19, 2010

puteri kecil

Puteri kecil
Betapa agung ciptaanmu
Menjadi penawar duka dan lara
Harapan ayahbonda dan masyarakat

Puteri kecil
Tunjukkan pada dunia
Tanganmu mampu menggoncang
Katamu mampu menangkis
Tingkahmu kuasa merubah

Puteri kecil
Jagalah maruah dan dirimu
Kerana disitu letak hargamu
Kau bagai permata di antara kaca
Kau bagai epal di pohon tertinggi

Puteri kecil
Sematkan ketabahan di hatimu
Ketahuilah selalu dan selamanya
Kau selalu cute hai puteri berhati mujahidah

Wednesday, August 18, 2010

Bila Mad'u Pasca Playstation bertemu Daie Pasca Volkswagon

Ditulis oleh : qairy_mujahid (www.pena-lading.blogspot.com)

Abang, kalau usrah minggu depan kita semua pergi Bowling nak tak?” cadang seorang ahli usrah pada sang naqib nya. “Ish anta ni, usrah ni benda agamalah.. bukan benda main-main, main bowling tu cenderung pada maksiat, tapi yang kita berusrah ni ibadat, jangan campurkan hak dan batil.. HARAM HUKUMNYA! Bagi cadangan yang bernas sikit, buat majlis zikir-zikir ke, halaqah quran ke, tazkirah mingguan ke itu barulah USRAH IBADAT dan BERKAT!!” ‘kebengangan’ dan respon kontradik (pertentangan) sang naqib terhadap cadangan yang diberikan.

“Kamu ni Syahidan!! mengadap internet je hobi kamu ya..??? Apa kamu fikir internet tu boleh beli tiket ‘online’ masuk Syurga?? Banyak maksiat je dalam internet tu nak dibandingkan ibadat.. kamu kena tukar hobi kamu ni, banyak mengadap Al-Quran kan bagus!” bergelora jiwa si pelajar menerima bebel ‘justifikasi’ dan ‘saranan’ sang ustaz.

“Cuba anta ambil filem dalam hardisk ana ni, cerita Imam Syafie, Imam Malik, Bilal bin Rabah, Ashabul Ukhdud, macam ni baru la ISLAMIK!!, jangan doktrin pemikiran kita dengan budaya westernisasi..”, ‘tazkirah santai’ si Farhan pada si ‘roomate’.

Da’ie ‘bijak’ membuat justifikasi dan hukuman, Kreatif mencari ruang-ruang kesalahan sasaran untuk dijadikan modal Islah dan Dakwah, keupayaan mentakhrij hukum di lapangan medium dakwah kadang membuatkan diri terasa ‘akulah da’ie muslim teristimewa’ atau ‘akulah ikon pendakwah dunia’.. hikmahnya seolah-olah terbang, kononnya Al-Quran dan Sunnah itu yang dipegang.. lancar lidah mengeluarkan perintah hukum mati, tanpa sedikitpun berbaur empati.

A.M.A.N.A.H.M.U

A.M.A.N.A.H.M.U (Amar Makruf Nahi Mungkar), benar sekali ia sememangnya tanggungjawab bersama. Perkara yang menjurus kepada maksiat sememangnya perlu untuk dijauhi, perintah Allah dan ajaran rasul untuk ‘menjemput’ sasaran menjauhi perkara-perkara yang bersifat terlalu keduniaan pasti ada hikmahnya, ada jua caranya. Allah Taala memerintahkan agar Amar Makruf Nahi Mungkar itu dilakukan bukan hanya sekadar dengan ARAHAN dan HUKUMAN, namun ianya PAKEJ LENGKAP dengan JALAN KOMUNIKASI dan HIKMAH bagaimana untuk memberi jemputan.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan HIKMAH dan NASIHAT YANG BAIK dan BANTAHLAH MEREKA DENGAN CARA YANG BAIK. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” An-Nahl : 125

Hikmah itu baik, nasihat juga teramat baik, berbantah juga memerlukan cara yang baik namun terus menerus menghukum bukanlah cara yang terbaik. Lalu Hassan Al-Banna berkata ‘Kita adalah ‘penjemput’ bukan penghukum’ Dunia dan Materialistik itu ibarat rokok dan dadah ketagihan, pantang dicuba amat sukar sekali untuk meninggalkannya, apatah lagi bila menjadi sebati dengan jati diri. Justeru bukan sekadar dunia itu menjadi topik utama, namun jalan-jalan mendekatinya jua perlu berhati-hati dipilih agar tidak lemas didalamnya.

Namun terkadang semangat A.M.A.N.A.H.M.U yang membuak-buak di dalam diri Da’ie Pasca Volkswagon membuatkan mereka begitu emosional dan tidak mampu beradaptasi dengan HIKMAH dan keadaan semasa, menyerang Mad’u Pasca Playstation bagaikan menghukum pesalah mandatori hukuman mati!Salah si mad’u bukanlah SUBJEK UTAMA yang memerlukan perdebatan panjang si da’ie, apatah lagi HARAM itu jelas dan HALAL itu jelas, adakala hukum yang lain jua perlu diambil kira kesesuaiannya selain hukum yang dua (HARAM dan HALAL)

Persoalannya apakah bowling, kung-fu panda, naruto, internet itu menjadi masalah utama (Prime Problem)? Atau sekadar masalah yang diada-ada (Presenting Problem)? Bukankah bowling, kungfu panda dan sebagainya itu sekadar kemuncup dalam permasalahan? (Nonsense Problem)? Tinggalkan simptom-simptom permasalahan dan berusahalah memberi KEFAHAMAN.

Mad’u Pasca Playstation memerlukan Da’ie yang melihat sesuatu yang terSIRAT di sebalik yang terSURAT, bukan dengan melepas kemarahan demi kemarahan, membaham melalui jalan kotor SMS, YM, Email dan Chatbox, mengherdik kiri dan kanan, mengisytiharkan ‘perang malaikat dan syaitan’, mengalun kemarahan dengan kemarahan, menghukum dengan mandatori hukuman.

Ketepikanlah sentimen mandatori, Memberilah dengan nilai empati, melihat permasalahan di luar kotak bukanlah apa yang sekadar terlintas di dalam otak, autopsylah apa yang terpendam didasar hati mereka, bukan mengenggam apa yang sekadar terlintas di mata.

Usahlah memberi tekanan dengan kata-kata ‘motivasi’ yang membuatkan mereka untuk terus bergelumang di jalan dosa, tetapi binalah hubungan dan perlihatkan mereka bahawa di sini kita ingin menyediakan Syurga Impian, Diane Lemons di dalam Chicken Soup for the Teenage Soul menyebut :

“..I would do less Correcting and more Connecting..” (“..saya akan kurang melakukan teguran (memberi tekanan) dan saya akan lebih melakukan perhubungan/persahabatan (memberi kefahaman)..)”

Ubahku ubahmu jua, kasihku kerna AMANAHMU jua.

A.M.A.N.A.H.M.U itu bukan berorientasi di dalam perkataan MENCEGAH sahaja, namun memerlukan kepada apa yang disebut sebagai MENGUBAH. UBAHlah mereka kepada kebaikan, BUKAN SEKADAR MENCEGAH! , PINDAHkan mereka kepada kebenaran, BUKAN HANYA MENYANGGAH!.

“Dari Abu Said Al-Khudri beliau berkata : Aku telah mendengar Rasulullah bersabda : Seandainya sesiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengUBAHnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka hendaklah dia mengUBAH dengan lisannya. Dan seandai masih juga tidak mampu hendak (diUBAH/dikecam) dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman” Hadis Riwayat Muslim.

Zina itu perkara yang haram, maka diUBAH dengan perkahwinan, Riba itu haram maka, diUBAH dengan jual beli, Arak itu juga haram maka diUBAH dengan susu dan madu. Begitulah Islam menetapkan, formula teori yang seharusnya digunaProtes dan kontradik Mad’u Pasca Playstation lazimnya adalah kerana ‘gajet dan aksesori’ yang digunapakai Da’ie Pasca Volkswagon tidak ‘compatible and suitable’ dengan keadaan semasa, walaupun kita mempunyai satu produk yang terbaik yakni Al-Quran, namun malangnya kita ketandusan promoter-promoter yang baik yakni Da’ie.

Kebobrokan yang berlaku di dalam institusi diri mad’u adalah kerana kesalahfahaman terhadap dakwah serta kegagalan sistem pertimbangan yang terdoktrin di dalam ‘akidah’ jati diri mereka dan dominasi ‘tabiat memandu’ yang telah bertunas dan berakar tunjang sejak sekian lama di dalam diri mereka, mengubah ‘akidah’ dan mencantas ‘akar tunjang’ bukan lah semudah menyebar kata nista dan amarah, atau semudah menyapu sampah!

Justeru wahai da’ie, nilailah kembali kerelevenan ‘volkswagon’ mu, Longgarkanlah belenggu-belenggu yang mengikat da’ie mu, seharusnya engkau menerima sebelum memberi, bersihkanlah dari dalamnya sebelum membentuk yang luarnya (inside-out), fahamilah jiwa sebelum mengucap kata yang mengundang bencana dan nista!

UBAHLAH PENDEKATAN MU, MAKA AKAN TERUBAHLAH DIRIKU, TERIMALAH KASIHKU KERNA KU TAHU ITU AMANAHMU..

“Berbicaralah dengan manusia melalui kadar kefahaman mereka-Saidina Ali R.A”



“Win-win situation”

Tugas Menghambakan jiwa hamba adalah satu agenda yang terlalu agung, seagung namanya begitulah sesukar tugasnya, sesukar tugasnya begitulah memerlukan sebanyak metod dan manhajnya. Dan dengan manhaj yang kaya inilah ianya mampu mengubah diri mad’u untuk melihat hidup ini sebenarnya adalah sebuah kehambaan diri pada Allah s.w.t.

Sedarlah, halangan, Amarah dan tintah perintah keterlaluan yang termuntah dari lidah tidak bertulang itu bukanlah JALAN SINGKAT untuk mereka mengenal tuhan, tetapi ianya jalan singkat untuk mereka lebih jauh meninggalkan tuhan.

Biarlah langkah kita berdengket-dengket, namun ia masih mudah untuk disapai. Berbanding mengambil jalan shortcut, kita kan terus ditinggal tanpa syarat!

Teruskan langkahmu dalam berdakwah, namun perbaikilah juga ‘volkswagon’ mu yang bermasalah, jangan melihat ‘playstation’ itu sebagai punca masalah, namun cuba perkayakan dirimu dengan hikmah.

Lapangkan hati, ikhlaskan niat, jalankan dengan hikmah.. dan yang utama sedarlah segala-galanya adalah kerana Allah, bukan kerana amarah…

“(Maka berilah perigatn kerana sesungguhnya kamu hanyalah seorang PEMBERI PERINGATAN, dan bukanlah kamu yang BERKUASA memaksa mereka (menerima peringatan ) al-Ghasyiah : 21-22 )”

“(Maka dengan rahmat Tuhan Mu, berlemah lembutlah terhadap mereka, sekiranya engkau bersikap keras hati dan kasar pasti mereka akan menjauhkan diri dari Mu, oleh itu maafkanlah mereka dan mohonkan keampunan kepada mereka...)” al-Imran : 159

Monday, August 16, 2010

Kita yang lemah,belajarlah!

bismillah walhamdulillah.

Jiwaku tidak tenteram.Semua tingkah jadi resah.serba tidak kena.Sudahlah study banyak lagi tak dicover,dihimpit pula ujian perasaan.

Bilik berhawa panas bak oven itu semakin meracaukan hati dan fikiran.Allah,tolong..aku perlu Kamu.

Sakinah yang baru pulang dari kuliah melemparkan senyuman manis buat kawan kesayangannya itu.Hatinya gembira.Dapat kek dari Sarah rupanya.Muka masam mencuka dariku tidak diendahkan langsung oleh Sakinah.Terus melangkah ke dapur,ingin menyimpan keknya dalam fridge.Bunyi pintu peti dikuak bersama nyanyian riang si primadona zaman moden..haha.tak kuasa aku melayan telatah sahabatku itu.Tetapi,mujurlah ada dia.Meredakan sedikit keresahan hati ini.

"Zu,kita makan firakh masywi(sejenis masakan ayam arab) nak ari ni?Aku dah beli kat ammu Khamis tadi.Ha,'inab abang arab kau pun aku dah belikan jugak.Wah,bestnyer bukak puasa ni.",jerit Sakinah dari dapur.

Erk,abang arab aku apenyer.Ape punyer kawan.

"Yelah,kau masaklah nasik and kita bleh bukak puasa sama-sama",balasku berbasi-basi.

Begitulah hidup kami di sini.Perantauan Nil yang menjanjikan seribu satu macam peristiwa menarik jika dikongsi.Jauh dari mak ayah menjadikan hubungan kami seperti adik-beradik.Suasana Ramadhan disini amat berbeza dari Malaysia.Rohnya sudah terasa seawal hujung Syaaban.Berduyun-duyun kedai menjual fannus atau kami memanggilnya tanglung Ramadhan.Ada yang kecik,ada jual sebesar orang dewasa.Awal Ramadhan disambut dengan meriah sekali.Bunyi mercun dari kanak-kanak akan kedengaran apabila tiba waktu malam.Sembahyang terawih juga meriah tetapi 10 terakhir Ramadhan akan lebih meriah.Menyambut seruan lailatul Qadr.

Siang hari pula dipenuhi bacaan Al-Quran oleh masyarakat di sini.Tidak kiralah dari yang kemas berbaju kot sehingga kepada pakcik jual tisu kat tepi jalan,Al-Quran sentiasa di tangan.Iftar kadang kala diserikan oleh jemputan daripada jiran-jiran Arab sebelah rumah.Diajak berbuka sekali.Pernah aku menolak ajakan itu,tetapi dipujuknya juga.Kita kan bersaudara.Ya Allah,sungguh nikmat ukhuwwah Islamiah.

Maghrib itu Zu nekad meluahkan segalanya.Sakinah yang menjadi teman seperjuangan sejak dua tahun yang lalu menjadi sahabat baik hingga ke hari ini.Dia tahu,pasti sahabatnya itu akan sedia menadah telinga mendengarkan permasalahannya ini.Selama dua tahun perkenalan,tidak pernah Sakinah menghampakan dirinya andai diminta nasihat.Pasti akan dicuba juga melepaskan gelojak dan keserabutan hati insan yang berada di hadapannya itu.

Nasi putih dijamah sedikit,bersama perasaan yang tak bermaya.Perasaan yang ingin dihamburkan segera.Biar hilang gelisah,biar hadir bahagia.

"Zu,kenapa dengan kau ni.Asyik dari tadi aku tengok macam perempuan mati anak jer.Kau ada masalah ke?Just tell me.Before I go to sleep and close the door,it's better for u to tell me right now,"terus terang Sakinah menyusun ayat tanpa sempat aku memulakan.

"Camni la Kinah.Aku sekarang macam tak da mood nak belajar.Bukan apa,banyak sangat wei.Banyak kali juga rasa futur.Macam nak keluar je dari medic ni."Noktah di situ melepaskan lega di hati.

"Eh,kenapa ni?Kau nak kawen ke Zu?Lain macam je bunyinya..Ok ok,i'm just kidding.Camni,aku nak nasihat kat kau.Cuba kau renung,adakah belajar itu hanya sekadar ambik buku,baca,hafal,exam and then tak tau ke mana?Tidak sahabatku.Belajar itu pada setiap detik dari hidup kita.Bukanlah belajar itu hanya pada belajar bidang yang kita ambil.Komunikasi juga perlu belajar.Nak tarik hati orang pun kena belajar.Nak ngurat abang arab kau pun kena belajar...hahahhaa..."berderai ketawa kami.

"Weh,kau jangan nak campurkan dengan benda lain.Aku seyes ni."

"Yela,betul apa aku cakap.Dan akhirnya belajar untuk meminati apa yang kita belajar juga proses pembelajaran.Belajar untuk tetap hati,sabar dan tabah untuk istiqamah.Andai kau futur,jangan cepat melayan perasaan,takut nanti hanyut tak da sampan nak ambik kau.Kau kena kuat,lawan perasaan itu.Ambik balik semangat time kau mula-mula minat medic dulu.Ingat Allah,itu untuk bekalan akhirat.Ingat mak ayah,itu untuk kejayaan dunia kita.Kerana dengan ingat Allah,setinggi mana pun kita pergi kita takkan mudah lupa diri dan dengan ingat ibubapa,ia bagi kita semangat untuk capai cita-cita kita.Tidaklah kita hanyut dengan dunia kita sendiri bila kita sedar kita ada tanggungjawab dan amanah.Kita takkan mudah hilang fokus.Ok?right,be strong Zu,insyaAllah,"jawab Sakinah menghabiskan kalam.

"Ooo..baru aku faham.Terima kasih yer!Doakan juga aku kuat..sayang kamu",jawabku ikhlas.

"Eh,mana ada.Biasa-biasa la.Dah,jom makan.nak pergi terawih plak ni..kang tak sempat kang,aku suruh kau belanja 'asir(jus)....baru padan muka,"sakatnya tak pernah habis.

"ye la cik Sakinah woi",berbasi-basi aku membalas.

Friday, August 13, 2010


Sekiranya kamu berpenat lelah dalam melakukan kebaikan,ketahuilah bahawa penat lelahmu itu akan hilang,manakala kebaikan yang engkau lakukan akan terus kekal selamanya.

Remember your merits in order to be delighted,rest your heart with repentance from sins,and be charitable and beneficent to all people.

كن فى الدنيا كانك غريب او عابر السبيل

did you know that nicotine in tobacco inhibits the release of secretin.(function of secretin is to inhibit gastric acid secretion).that's why heavy smokers suffer from duodenal ulcer.