Saturday, January 2, 2016

TAFSIR IBNU ‘ASYUR (تفسير التحرير والتنوير)

BIODATA IBNU ‘ASYUR


Nama lengkap: Muhammad Thahir (Thahir II) bin Muhammad bin Muhammad Tahir (Thahir I) bin
Muhammad bin Muhammad Syazili bin ‘abd al-Qadir bin Muhammad bin ‘Asyur.
Asal:Andalusia.
Tahun lahir:1296H atau 1879M.
Tahun wafat:1393H atau 1973M.

Tempat lahir dan wafat:Tunisia.
Datuk beliau (Thahir I) seorang ahli nahu, ahli fiqih, ketua qadhi Tunisia(1851) serta mufti
Tunisia(1860), manakala ibu beliau ialah Fatimah, puteri Perdana Menteri Muhammad al-Aziz bu
Attar maka dapatlah dikatakan beliau lahir dari keturunan yang kuat dalam ilmu dan nasab.
Beliau belajar al-Quran(hafalan,tajwid,qiraat) di sekitar tempat tinggalnya. Kemudian, beliau
belajar berbagai disiplin ilmu di Masjid Zaitunah
Akhirnya, IbnuAsyur menjadi salah seorangalim besar Tunisia iaitu sebagai:
1)pengajar tingkat kedua mazhab Maliki(1930)
2)pengajar tingkat pertama(1905)
3)pengajar di Perguruan Shadiqi(1905-1913)
4)wakil inspektor pengajaran Masjid   Zaitunah(1908)
5)anggota dewan pengelola perguruan Shadiqi
6)qadhi(hakim)mazhab Maliki(1913)
7)pemimpin mufti  mazhab Maliki(1927)
8)anggota Majma’ al-Lughah al-’Arabiyyah di Mesir(1950)
9)anggota Majma’ al-Ilmi al-Arabi di Damaskus(1955)

KARYA-KARYA IBNU ‘ASYUR
1)Alaisa ash-Shubh bi Qarib.
2)Maqashid asy-Syari’ah al-Islamiyyah.
3)Ushul an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam.
4)at-Tahrir wa al-Tanwir min al-Tafsir.
5)al-Waqfu wa atsaruhu fi al-Islam.
6)Usul al-Insya’i wa al-Khithabah
7)Mujiz al-Balagah
8)Hasyiyah ala al-Qathr
9)Syarh ’ala Burdah al-Busyiri
10)al-Gaits al-Ifriqi
11)Hasyiyah ’ala al-Mahalli ’ala jam’ al-Jawami
12)Hasyiyah ’ala Ibn Sa’id al-Usymuni
13)Hasyiyah ’ala Syarh al-Isham li Risalati al-Bayan
14) Ta’liq ‘ala ma Qara’ahu min Shahihi Muslim

GURU-GURU IBNU ‘ASYUR
1)Syaikh Muhammad al-Dari’iy.
2)Syaikh Muhammad al-Salih al-Suarif.
3)Syaikh Muhammad al-Khaliy.
4)SyaikhUmar Ibnu Asyar.
Guru-guru yang mempengaruhi cara fikirnya:
1)Syaikh Salim ibn Hajib.
2)Datuknya Syaikh Muhammad al-’Aziz Bu’atur.
3)Kedua ibu bapanya Fatimah dan Muhammad IbnuAsyur.

MURID-MURID IBNU ‘ASYUR
Empat murid beliau yang terkenal ialah:
1)Syaikh Muhammad al-Fadl ibnAsyur (puteranya sendiri).
2)SyaikhAbd al-Humaid bin Idris.
3)Syaikh al-Fadil Muhammad al-Syazili al-Naisafuri.
4)Syaikh Doktor Muhammad al-Habib bin al-Kaijah.

ISI KANDUNGAN TAFSIR IBNU 'ASYUR

Dalam tafsir ibnu asyur secara umum mengupas hal-hal sebagi berikut:

1)Menerangkan nama surah, bilangan ayat dan keterangannya.
2)Menjelaskan perkara yang berkaitan  dengan akidah.
3)Menyatakan huraian al-Quran dengan al-Quran.
4)Memaparkan huraian al-Quran dengan al-Sunnah.
5)Menjelaskan tafsiran al-Quran dengan kalam ulama Salaf.
6)Menjelaskan kaitan dengan aspek sejarah
7)Membentangkan kekeliruan Israeliyyat.
8)Menjelaskan perkaitan ilmu Qiraat.
9)Menyatakan hal yang bersangkutan dengan Fiqh dan Usul.
10)Menghuraikan berdasarkan ilmu yang lebih moden seperti fisika, falsafah dan mukjizat yang
terdapat di alam ini.
11)Mengutamakan perkaatan dengan adab dan akhlak yang baik.

METODOLOGI PENAFSIRAN IBNU ‘ASYUR
Beliau menggunakan metodologi tahlili(menafsirkan ayat-ayat al-Quran dari berbagai segi
berdasarkan urutan-urutan ayat dan surah dalam mushaf, penjelasan berbagai aspek yang berkaitan
ayat yang sedang ditafsirkan baik pengertian, kandungan ayat, sebab-sebab turun ayat dan
sebagainya.)
Metod IbnuAsyur dalam al-Tahrir wa al-Tanwir, antaranya ialah:
1)Memulai perbahasan dengan menyebut nama surah.
2)Menjelaskan keutamaannya dan keutamaan membacanya.
3)Menjelaskan surah yang sebelum dan sesudahnya.
4)Menjelaskan kajian kebahasaan.Contohnya:
ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين (والكتاب) فِعال بمعنى المكتوب إما مصدر كاتَب المصوغ للمبالغة في الكتابة، فان المصدر يجىء بمعنى المفعول (كالخَلق). وإما فعال بمعنى مَفعول كلِباس بمعنى ملبوس  وعِماد بمعنى مَعمود به. واشتقاقه من كَتَب بمعنى جمع وضم لأن الكتاب تجمع أوراقه وحروفه، فان النبى صلى الله عليه وسلم أمر بكتابة كل ما ينزل من الوحى وجعل للوحى كتابا، وتسمية القرآن كتابا إشارة إلى وجوب كتابته لحفظه. وكتابة القرآن فرض كفاية على المسلمين.
5)Menjelaskan hukum fiqih yang terkandung dalam ayat tersebut. Contohnya:
يعلمون الناس السحر (فان حكم السحر) وقد حذر الاسلام من عمل السحر وذمه في مواضع وليس ذلك بمقتضى إثبات حقيقة وجودية للسحر على الاطلاق ولكنه تحذير من فساد العقائد وخلع قيود الديانة ومن سخيف الأخلاق. وقد اختلف علماء الاسلام في إثبات حقيقة السحر وإنكارها وهو اختلاف في الأحوال فيما أراه فكل فريق نظر إلى صنف من أصناف ما يُدعَى بالسحر.
  وحكى عياض في «إكمال العلم» أن جمهور أهل السنة ذهبوا إلى إثبات حقيقته . قلت وليس في كلامهم وصف كيفية السحر الذي أثبتوا حقيقته  فانما أثبتوه على الجملة. وذهب عامة المعتزلة إلى أن السحر لا حقيقة  له  وإنما هو تمويه وتخييل وأنه  ضرب من الحفة والشعوذة ووافقهم على ذلك بعض أهل السنة كما اقتضته حكاية عياض في «الاكمال» قلت وممن سُمِّى  منهم أبو إسحاق الاسترابادى من الشافعية. والمسألة بحذافرها من مسائل الفروع الفقهية تدخل فى عقاب المرتدين والقاتلين والمتحيلين على الأموال، ولا تدخل فى أصول الدين.
Melihat kepada cara dan huraian tafsir IbnuAsyur, maka dapatlah dikatakan bahawa:
* manhaj yang digunakan: TAFSIR BI AL-RA’YI(penafsiran al-Quran yang didominasikan dengan
ijtihad mufassir meskipun terdapat ayat-ayat al-Quran).
* thariqah: TAHLILI(menjelas makna kata dalam al-Quran mengikut urutan mushaf).
* corak penafsiran:LAUN AL-LUGHAWIY dan LAUN AL-ILMI (corak kebahasaan dan corak ilmiah
kerana kedua-duanya menjadi keterangan terhadap makna yang dikandung ayat al-Quran).

KEISTIMEWAAN & KEKURANGAN TAFSIR IBNU ‘ASYUR
Keistimewaan:
1)Menuliskan point-point yang belum ada pada tafsir sebelumnya.
2)Menjelaskan sisi-sisi i’jaznya secara terperinci dan dalam satu kitab tersendiri.
3)Linguistik Arab(Balaghah, nahu, sorf, mantik/logika).
4)Gaya bahasa (badi’) jelas dan mudah.
5)Keselarasan satu ayat dengan ayat yang lainnya.
Kelemahan/kekurangan:
1)Menitikberatkan pada makna-makna mufradat (kata demi kata) dalam BA dengan membatasi dan
meneliti dari orang lain dari kamus-kamus bahasa.
2)Meneruskan tafsir Abil Walid Ibnu Rusdi dalam kitab Al-Bayan.
3)Tidak mencantumkan asbabun nuzul dalam menjelaskan ayat.

-----------
-Tim Penyusun The Encyclopedia of Islam , “Ibn Asyur” , The Encyclopedia Of Islam. New Edition
(Leiden : tp, 1971), Vol. III, h. 720.
-Adil Nuwaihid, Mu’jam al-Mufassirin, (Beirut: Muassasah Nuwaihid Ats- tsaqafiyyah, 1986), Jilid
2, h. 541.
-Arnold H. Green, The Tunisian Ulama 1873-1915, (Leiden: E. J. Brill, 1978), h. 249.
-Abd al-Halim Mahmud, Manahij al-Mufassirin, (Kairo: Dar al-Kitab al-Mishri, 1978), h. 333.
-Jhon. L. Esposito, “Zaitunah”, Ensiklopedia Oxford Dunia Islam Modern, (Bandung: Mizan, 2001),
Jilid 6, h. 56.
-Khair ad-Din az-Zirikli, al-A’lam: Qamus Tarajim, , (Beirut: Dar al-‘Ilmi Lilmalayin, 1990), Jilid 6,
h. 174. Arnold, The Tunisian, h. 250.

~Wa Allahu A’lam~






Thursday, December 31, 2015

KONSEP MASALIH MURSALAH DAN KEDUDUKANNYA SEBAGAI SUMBER  HUKUM


PENGERTIAN MASLAHAH DAN MAFSADAH

Maslahah:
1- Sesuatu yang padanya kebaikan yang kuat.
2- Sifat bagi perbuatan yang menghasilkan kebaikan, iaitu manfaat daripadanya, sentiasa  atau kebiasaan bermanfaat, untuk ramai atau untuk individu.
Mafsadah:
1-Apa yang berlawanan dengan maslahah, iaitu sifat bagi perbuatan yang menghasilkan kebinasaan, iaitu kemudaratan, sentiasa atau kebiasaan, untuk ramai atau untuk individu.

PENGERTIAN MASALIH MURSALAH

Menurut ilmu BAHASA:
Ibn Manzur menjelaskan bahawa perkataan maslahah bererti kebaikan, di mana ia merupakan kata tunggal kepada al-masalih 
 (والمصلحة الصلاح، والمصلحة واحدة المصالح)
. Perkataan maslahah mempunyai persamaan dengan perkataan manfa’ah sama ada dari segi wazan mahupun dari segi pengertian, di mana ia merupakan kata terbitan yang bererti kebaikan(al-salah) iaitu sama dengan perkataan manfa’ah yang bererti kemanfaatan.
Menurut ISTILAH pula:
al-Maslahah: ialah mendatangkan kemanfaatan dan menolak kemudharatan iaitu keburukan.
Jenis-jenis maslahah:
1-al-Masalih al-Mu’tabarah.
2-al-Masalih al-Mulghah.
3-al-Masalih al-Mursalah.

MASALIH MU’TABARAH

PENGERTIAN: Maslahah yang secara tegas diakui syariat dan telah ditetapkan ketentuan-ketentuan hukum untuk merealisasikannya seperti untuk menjaga agama, jiwa, akal, keturunan/maruah dan harta.
Contohnya: jihad untuk menjaga agama, qisas untuk menjaga jiwa, hudud tentang minum arak untuk menjaga akal, hudud tentang zina dan qazaf untuk menjaga keturunan dan hudud tentang mencuri untuk menjaga harta.

MASALIH MULGHAH

PENGERTIAN: sesuatu yang dianggap maslahah oleh akal fikiran tetapi dianggap palsu kerana kenyataannya bertentangan dengan ketentuan syariat.
Contohnya: anggapan bahawa menyamakan pembahagian warisan antara anak laki-laki dan anak wanita adalah maslahah akan tetapi kesimpulan seperti itu bertentangan dengan ketentuan syariat. Ayat 11 surah an-Nisa’  menegaskan bahawa pembahagian anak lelaki dua kali pembahagian anak perempuan, firman Allah: (Allah mensyariatkan kepadamu tentang (pembahagian harta pusaka) anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan)(an-Nisa’,11).

HUJAH ULAMA’ YANG MENOLAK MASALIH MURSALAH SEBAGAI DALIL HUKUM DAN PERBINCANGANNYA.


a)Sesungguhnya Pemilik syariat Yang Maha Bijaksana, mensyariatkan kepada hambaNya apa yang memberi maslahah bagi mereka, maka Dia tidak lalai tentang maslahah dan tidak meninggalkan maslahah untuk hambaNya tanpa mensyariatkannya.
Hakikatnya hujah ini kuat pada zahirnya, tetapi lemah ketika ia tidak bercampur dengan yang lain, maka syariat itu benar, kadang-kadang maslahah bagi hamba itu ada dan disyariatkan daripada hukum apa yang menyampaikan kepada maslahah itu tetapi tidak didatangkan nas pada semua bahagian maslahah sehingga hari kiamat dan didatangkan nas pada sebahagiannya kerana sebahagian maslahah itu berubah dan bertukar dan asalnya adalah teguh tidak berubah.

b)Masalih mursalah adalah di antara masalih mu’tabarah dan di antara masalih mulghah, maka tidaklah penambahannya dengan masalih mu’tabarah lebih utama daripada penambahannya dengan masalih mulghah.
Hujah ini juga adalah lemah kerana asalnya ialah menjaga maslahah, dan pembatalan maslahah ialah pengecualian. Maka penambahan maslahah yang didiamkan daripadanya, yang zahir kebaikannya, adalah dengan maslahah mu’tabarah lebih utama daripada penambahan dengan maslahah mulghah.

c)Pengambilan maslahah menjadikan orang-orang jahil berani ke atas pensyariatan hukum-hukum, maka terjadilah percampuran dalam hukum-hukum syariat dan membuka pintu bagi mereka yang mengikuti hawa nafsu (pemerintah-pemerintah, qadi-qadi dan seumpamanya yang mempunyai kuasa) untuk mengikuti apa yang mereka kehendaki, membina hukum-hukum atas hawa nafsu mereka selepas memakaikannya dengan pakaian maslahah.

HUJAH ULAMA’ YANG MENERIMA MASALIH MURSALAH SEBAGAI DALIL HUKUM

1)Sesungguhnya syariat tidak diletakkan kecuali untuk menguatkan maslahah hamba, nas-nas syariat dan hukum-hukumnya yang berbagai-bagai menunjukkan perkara itu, maka pengambilan masalih mursalah adalah menyepakati syariat dan asasnya serta tujuannya.
As-Syatibi berkata: (Syariat itu semuanya maslahah: sama ada menolak keburukan atau mendatangkan kebaikan).

2)Sesungguhnya maslahah manusia dan jalan-jalan mereka untuk sampai kepada maslahah ini berubah dengan perbezaan keadaan, situasi dan zaman dan tidak mungkin batasannya mendahului, dan tidak lazim bagi batasan ini selagi mana Pemilik syariat menunjukkan penjagaan maslahah, maka apabila kita tidak mengambil kira daripadanya kecuali apa yang didatangkan dalil yang khas untuk mengambilnya terjadilah kesempitan kita itu luas, berlalulah ke atas ciptaan itu maslahah yang banyak, dan ini tidak menyepakati keumuman syariat dan berkekalannya maka jadilah ia tidak sahih.

3)Sesungguhnya para mujtahid daripada kalangan sahabat dan mereka yang datang selepas mereka membawa ijtihad mereka untuk menjaga kemaslahatan dan membina hukum-hukum ke atasnya tanpa ada yang ingkar walau seorang pun daripada mereka, iaitu apa yang menunjukkan benarnya usul ini dan benarnya tujuan ini maka terjadilah ijma’.

SYARAT BERAMAL DENGAN MASALIH MURSALAH

PERTAMA: Sepadan/selari, iaitu: hendaklah maslahah sepadan dengan maqasid/objektif Pemilik syariat.
KEDUA: Hendaklah zatnya munasabah yang diterima oleh akal dan sekiranya diyakini mempunyai maslahah dari hukum itu iaitu membawa manfaat.
KETIGA: Hendaklah pengambilannya untuk menjaga darurat atau mengangkat kesempitan, kerana firman Allah Taala: (dan tidaklah dijadikan ke atasmu pada agama itu kesempitan)(al-Hajj,78).
2  lagi syarat lain padanya iaitu: hendaklah maslahah yang disusun atas pensyariatan hukum itu maslahah yang hakiki bukannya samar, dan hendaklah maslahah itu umum bukannya khas, iaitu meletakkan hukum untuk kemaslahatan umum manusia bukannya untuk kemaslahatan individu atau kumpulan tertentu.

PENDAPAT IMAM SYATIBI


Rahimahullah berkata dalam “Al-I’tisam”: “sesungguhnya hasil masalih mursalah kembali kepada penjagaan perkara daruri dan mengangkat kesempitan yang lazim dalam agama dan kembalinya ia kepada penjagaan daruri dari bab( tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya). Maka ia merupakan cara-cara dan bukan maqasid dan kembalinya ia kepada mengangkat kesempitan dengan pengembalian yang meringankan bukan memberatkan”.
Imam Syatibi berkata: “cara-cara” menjelaskan apa yang kita tuju kepadanya, dan katanya: “dan bukan maqasid”, ialah membalas setiap apa yang dikatakan dengan menjadikan  sesuatu maslahah dalil kepada keharusannya. Justeru maqasid ialah keputusan sesuatu perbuatan dan perbuatan itu hukumnya daripada syara’, akan tetapi cara/wasilah kepada perbuatan ialah yang diambil binaan atas masalih mursalah.

PENDAPAT IMAM QARAFI


Adapun apa yang dimaksudkan al-Qarafi bahawa Masalih Mursalah tidak menunjukkan sesuatu yang jauh dengan apa yang dikehendaki as-Syatibi dan beliau tidak bermaksud menjadikan Masalih Mursalah sebagai sumber pensyariatan.
Secara teliti baginya ialah maslahah yang difahami akal bahawa ia menurut dalil umum atau kulliyy, maka termasuk di bawah dalil tersebut tanpa ada dalil khas ke atasnya. 
Saksi/bukti yang diambil kira dengan apa yang dibincangkan oleh al-Qarafi ialah apa yang dibuktikan akal tentang kesahihan fahamannya atau hukumnya memasukkan masalah itu di bawah dalil tersebut.

PENDAPAT IMAM ‘IZUDDIN ABDUL SALAM

Imam Izuddin Abdul Salam menolak pensyariatan dibina atas Masalih Mursalah. Masalih Mursalah di sisinya ialah hukum-hukum syariat. Beliau berkata: Maslahah dunia dan mafsadahnya yang terbesar ialah apa yang diketahui dengan akal.
Kemudian beliau berkata:”Adapun maslahah yang diketahui dan sebab-sebabnya dan mafsadahnya maka tidak diketahui kecuali dengan syara’. Kesimpulan daripada itu bahawa maslahah dan mafsadah tidak diketahui melainkan dengan syara’ kerana maslahah dunia dan mafsadahnya iaitu maslahah mengikut hawa nafsu atau ketetapan akal tidak ada apa-apa jika dinisbahkan kepada maslahah akhirat dan mafsadahnya.

Maka maslahah ialah apa yang disuruh oleh syara’ dan mafsadah ialah apa yang dilarang oleh syara’. Ini adalah matlamat pendapat yang mengatakan tidak dikira maslahah itu sumber atau usl pensyariatan. Ini menjelaskan penggunaan kalimah “maslahah” bukanlah menunjukkan maslahah dengan pandangan atau hawa nafsu atau akal tetapi maslahah itu ialah hukum syar’ie dan apa yang ditunaikan hukum syar’ie. Bahkan apabila membiarkan sesuatu perkara kepada akal maka kadang-kadang ia menetapkan  masalih atau mafsadah bertentangan dengan apa yang ada dalam syara’, dan perlu diambil kira adalah daripada syara’ sahaja.

PENDAPAT IMAM GHAZALI


Imam al-Ghazali dalam kefahamannya tentang maslahah sama seperti mazhab Imam Izuddin Abdul Salam. Beliau tidak berpendapat bahawa maslahah ialah apa yang ditetapkan akal atau manusia, maka beliau berkata:”Adapun maslahah ialah ibarat pada usl pada penarikan manfaat dan penolakan mudharat dan kita tidak maksudkan bahawa penarikan manfaat dan penolakan mudarat ialah objektif/maksud bagi (makhluk) ciptaan dan memperbaikinya dalam menghasilkan objektifnya, tetapi yang kita maksudkan dengan maslahah ialah menjaga maksud syara’ dan maksud syara’ daripada (makhluk) ciptaan ada lima iaitu menjaga agama mereka, jiwa mereka,akal mereka, maruah mereka dan harta mereka.”

Kita mahu maslahah ialah menjaga maksud/matlamat syara’ dan maksud syara’ diketahui dengan al-Quran, Hadith dan Ijma’ maka setiap maslahah yang tidak menunjukkan kepada menjaga maksud yang difahami daripada al-Quran, Hadith dan Ijma’ maka ia masalih yang asing/pelik yang tidak bersesuaian dengan kelakuan syara’ maka ianya batil yang dibuang.

WA ALLAHU A’LAM


-Hasil kerja ini dikritik oleh murabbi. Kata beliau: terjemahan saya dibuat secara tidak menyeluruh. Hasilnya, ayat terjemahan tidak dapat/sukar difahami secara yang sepatutnya. *-*

Sunday, November 23, 2014

...

Bicara para mukhlisin itu...mampu mendamaikan hati..
Umpama merehatkan fikiran...insan terbeban bebanan berat..

Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami..
sehebat mana pun kami, kami tetap faqir..
dan Engkaulah Yang Maha Kaya..

Friday, October 29, 2010

10 Ciri-Ciri LELAKI KASANOVA

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun harus di ingat semua itu hanya mempu bertahan tidak lebih sebulan. sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan taringnya

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa

3. lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. siapa yang akan sampai dahulu.

4. sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. lebih jelas lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak samapai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, sia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengans emua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani mintak wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha... alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.

Untuk kaum perempuan, penilaian di minda anda. jangan kerana terlalu mencintai, anda kabur dalam menilai seorang lelaki yang hanya mempermainkan cinta dan kata-kata.

Friday, October 1, 2010

oh dunia~

Tegakkan batang akidahmu..
Walau sesekali kau menyelusuri cabang-cabang dahan kejahilan..
Biar jangan lupa balik ke batang tegak itu.

Luruskan jalan firasat hatimu..
Walau sesekali pasir dunia mengkhabarkan taufan noda..
Asal kembali ke jalan pulang itu.

Semoga
Kejahilan itu dimaafkan
Noda dan dosa itu diampunkan
Kerana Dia tahu
Engkau hanya manusia biasa.

Friday, September 10, 2010

Kita yang lemah,belajarlah!

...bismillahirrahmanirrahim...

Jiwaku tidak tenteram.Semua tingkah jadi resah.serba tidak kena.Sudahlah study banyak lagi tak dicover,dihimpit pula ujian perasaan.

Bilik berhawa panas bak oven itu semakin meracaukan hati dan fikiran.Allah,tolong..aku perlu Kamu.

Sakinah yang baru pulang dari kuliah melemparkan senyuman manis buat kawan kesayangannya itu.Hatinya gembira.Dapat kek dari Sarah rupanya.Muka masam mencuka dariku tidak diendahkan langsung oleh Sakinah.Terus melangkah ke dapur,ingin menyimpan keknya dalam fridge.Bunyi pintu peti dikuak bersama nyanyian riang si primadona zaman moden..haha.tak kuasa aku melayan telatah sahabatku itu.Tetapi,mujurlah ada dia.Meredakan sedikit keresahan hati ini.

"Zu,kita makan firakh masywi(sejenis masakan ayam arab) nak ari ni?Aku dah beli kat ammu Khamis tadi.Ha,'inab abang arab kau pun aku dah belikan jugak.Wah,bestnyer bukak puasa ni.",jerit Sakinah dari dapur.

Erk,abang arab aku apenyer.Ape punyer kawan.

"Yelah,kau masaklah nasik and kita bleh bukak puasa sama-sama",balasku berbasi-basi.

Begitulah hidup kami di sini.Perantauan Nil yang menjanjikan seribu satu macam peristiwa menarik jika dikongsi.Jauh dari mak ayah menjadikan hubungan kami seperti adik-beradik.Suasana Ramadhan disini amat berbeza dari Malaysia.Rohnya sudah terasa seawal hujung Syaaban.Berduyun-duyun kedai menjual fannus atau kami memanggilnya tanglung Ramadhan.Ada yang kecik,ada jual sebesar orang dewasa.Awal Ramadhan disambut dengan meriah sekali.Bunyi mercun dari kanak-kanak akan kedengaran apabila tiba waktu malam.Sembahyang terawih juga meriah tetapi 10 terakhir Ramadhan akan lebih meriah.Menyambut seruan lailatul Qadr.

Siang hari pula dipenuhi bacaan Al-Quran oleh masyarakat di sini.Tidak kiralah dari yang kemas berbaju kot sehingga kepada pakcik jual tisu kat tepi jalan,Al-Quran sentiasa di tangan.Iftar kadang kala diserikan oleh jemputan daripada jiran-jiran Arab sebelah rumah.Diajak berbuka sekali.Pernah aku menolak ajakan itu,tetapi dipujuknya juga.Kita kan bersaudara.Ya Allah,sungguh nikmat ukhuwwah Islamiah.

Maghrib itu Zu nekad meluahkan segalanya.Sakinah yang menjadi teman seperjuangan sejak dua tahun yang lalu menjadi sahabat baik hingga ke hari ini.Dia tahu,pasti sahabatnya itu akan sedia menadah telinga mendengarkan permasalahannya ini.Selama dua tahun perkenalan,tidak pernah Sakinah menghampakan dirinya andai diminta nasihat.Pasti akan dicuba juga melepaskan gelojak dan keserabutan hati insan yang berada di hadapannya itu.

Nasi putih dijamah sedikit,bersama perasaan yang tak bermaya.Perasaan yang ingin dihamburkan segera.Biar hilang gelisah,biar hadir bahagia.

"Zu,kenapa dengan kau ni.Asyik dari tadi aku tengok macam perempuan mati anak jer.Kau ada masalah ke?Just tell me.Before I go to sleep and close the door,it's better for u to tell me right now,"terus terang Sakinah menyusun ayat tanpa sempat aku memulakan.

"Camni la Kinah.Aku sekarang macam tak da mood nak belajar.Bukan apa,banyak sangat wei.Banyak kali juga rasa futur.."Noktah di situ melepaskan lega di hati.

"Eh,kenapa ni?Kau nak kawen ke Zu?Lain macam je bunyinya..Ok ok,i'm just kidding.Camni,aku nak nasihat kat kau.Cuba kau renung,adakah belajar itu hanya sekadar ambik buku,baca,hafal,exam and then tak tau ke mana?Tidak sahabatku.Belajar itu pada setiap detik dari hidup kita.Bukanlah belajar itu hanya pada belajar bidang yang kita ambil.Komunikasi juga perlu belajar.Nak tarik hati orang pun kena belajar....hahahhaa..."berderai ketawa kami.

"Weh,kau jangan nak campurkan dengan benda lain.Aku seyes ni."

"Yela,betul apa aku cakap.Dan akhirnya belajar untuk meminati apa yang kita belajar juga proses pembelajaran.Belajar untuk tetap hati,sabar dan tabah untuk istiqamah.Andai kau futur,jangan cepat melayan perasaan,takut nanti hanyut tak da sampan nak ambik kau.Kau kena kuat,lawan perasaan itu.Ambik balik semangat time kau mula-mula datang sini dulu.Ingat Allah,itu untuk bekalan akhirat.Ingat mak ayah,itu untuk kejayaan dunia kita.Kerana dengan ingat Allah,setinggi mana pun kita pergi kita takkan mudah lupa diri dan dengan ingat ibubapa,ia bagi kita semangat untuk capai cita-cita kita.Tidaklah kita hanyut dengan dunia kita sendiri bila kita sedar kita ada tanggungjawab dan amanah.Kita takkan mudah hilang fokus.Ok?right,be strong Zu,insyaAllah,"jawab Sakinah menghabiskan kalam.

"Ooo..baru aku faham.Terima kasih yer!Doakan juga aku kuat..sayang kamu",jawabku ikhlas.

"Eh,mana ada.Biasa-biasa la.Dah,jom makan.nak pergi terawih plak ni..kang tak sempat kang,aku suruh kau belanja 'asir(jus)....baru padan muka,"sakatnya tak pernah habis.

"ye la cik Sakinah woi",berbasi-basi aku membalas.