Friday, August 20, 2010

3:185,186

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh,dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang MEMPERDAYA. 3:185

Kamu pasti diuji dengan hartamu dan dirimu.Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik.Jika kamu bersabar dan bertaqwa,maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang (patut) diutamakan. 3:186

Thursday, August 19, 2010

puteri kecil

Puteri kecil
Betapa agung ciptaanmu
Menjadi penawar duka dan lara
Harapan ayahbonda dan masyarakat

Puteri kecil
Tunjukkan pada dunia
Tanganmu mampu menggoncang
Katamu mampu menangkis
Tingkahmu kuasa merubah

Puteri kecil
Jagalah maruah dan dirimu
Kerana disitu letak hargamu
Kau bagai permata di antara kaca
Kau bagai epal di pohon tertinggi

Puteri kecil
Sematkan ketabahan di hatimu
Ketahuilah selalu dan selamanya
Kau permata indah duhai puteri berhati mujahidah

Friday, August 13, 2010


Sekiranya kamu berpenat lelah dalam melakukan kebaikan, ketahuilah bahawa penat lelahmu itu akan hilang, manakala kebaikan yang engkau lakukan akan terus kekal selamanya.

Remember your merits in order to be delighted, rest your heart with repentance from sins, and be charitable and beneficent to all people.

كن فى الدنيا كانك غريب او عابر السبيل


Wednesday, July 7, 2010

bilakah saat itu

Bilakah saat itu
Aku ingin bersamamu
Tak tertanggung rasa rindu ini
Bila memikirkan

Bilakah saat itu
Aku ingin memandangmu
Tapi aku ragu dapatkah aku menikmati saat itu
Beratnya ujian ini
Tapi akan ku tunggu dan setia menunggu
Bilakah saat itu
Aku teramat malu ingin bersua denganmu
Aku teramat keji untukmu
Tapi aku yakin cintamu melebihi dosa dan nodaku

Bilakah saat itu
Tak mampu terucap
Betapa aku mencintaimu
Tidakkah kau mengetahui
Airmata kerinduan yang mengalir
Hanyalah untukmu
Wahai Cinta Teragung

Bilakah saat itu
Aku yakin di sana ada keampunanmu untukku
Terimalah aku yang teramat hina ini
Dan aku akan terus menanti tibanya saat itu
Saat kau ingin memanggilku
Untuk berada disisimu..

Tuesday, June 29, 2010

hati yang gersang

hati insan telah gersang
sudah lama ditimpa kemarau
benih iman sudah tidak tumbuh menjulang
tidak subur seperti semalam

ia lesu sayu seprti kesusahan
ibarat pohon tak berkembang
tidak menghasilkan yg diperlukan
begitulah hati yang telah gersang

benih iman tidak melahirkan
pohon Islam yg mnjulang
bunga dan buahnya amat berkurangan
tidak lagi mmberi faedah

bilakah hati insan disiram
dengan sinaran iman dan taqwa
mmbuahkan cahaya dari diri insani
begitulah keindahan iman dan taqwa
memberi kebahgiaan seorang insani

hati insan telah gersang
sudah lama ditimpa kemarau
benih iman sudah tidak tumbuh menjulang
tidak subur seperti semalam

supaya menyeri dan memeriahkan
taman-taman kediaman
itulah syurga yg disegerakan
sebelum syurga yg dinantikan

bilakah hati insan disiram
dengan sinaran iman dan taqwa
mmbuahkan cahaya dari diri insani
begitulah keindahan iman dan taqwa
mmberi kebahagiaan seorang insani

hati insan telah gersang
sudah lama ditimpa kemarau
benih iman sudah tidak tumbuh menjulang
tidak subur seperti semalam
menunggu turunnya iman.

nada murni

Saturday, June 19, 2010

Aku berdosa, tetapi aku berjaya….

Mar 11th, 2009 by Hilal Asyraf

http://ms.langitilahi.com

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Jangan rasa gundah bila anda menjaga hubungan dengan ALLAH, tetapi anda masih tidak berjaya di dalam pelajaran mengikut neraca manusia lain. Contoh macam seorang kawan saya. Dia mendapat 2A, sedangkan pada pandangan manusia biasa, cemerlang itu dikira dengan A yang banyak. Tetapi apa kata kawan saya?

“ Ana dapat hidup tenang, bahagia, boleh lagi beribadah kepada ALLAH, kemudian ana masih boleh hidup dalam ketaatan kepadaNya. Maka itupun ana dah puas hati la Hilal. Mungkin ana tak ada rezeki dalam SPM, ana ada rezeki dalam benda lain.”

Nampak? Dia tidak jauh dari ALLAH, malah bersangka baik kepadaNya, menerima dengan redha, ditambah pula dengan azam untuk berusaha di lapangan lain pula. Pada saya, itulah kecemerlangan yang sebenarnya.

Saya masih ingat kata-kata guru Al-Quran saya, Ustaz Abdul Hadi bin Othman, apabila saya pertama kali menjejakkan kaki ke MATRI. Kata beliau,

“ Antum datang sini, kami nak bagi antum menjadi manusia yang soleh, yang cemerlang akhlak, yang terjaga syahsiah, yang bersih pemikiran. Bukan untuk kaut A bertimbun. Kalau antum dapat banyak A dalam peperiksaan, maka itu adalah bonus.”

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak.

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Thursday, June 17, 2010

muut syahiidan

bismillahirrahmanirrahim..

pagi itu,aku ke sekolah berniatkn menadah ilmu2 dan mutiara2 berharga dari para pendidik berwibawa.setiap orang punya pandangan.setiap orang punya pendapat.dan pendapat yang paling baik adlh yang membuahkan hasil dan action.

Dan hari itu,aku di0penmindedkan tentang isu suicide kat palestin.mereka tidak sepatutnya mengambil jalan itu.tidak ada jalan lain lagikah?begitu kata dari dia.

Fikiranku menerawang.seikhlas hati aku tidak menyetujui pandangan itu.isu ini begitu mengetuk hatiku tatkala aku mndalami dan empathy tika membaca 'Nostalgia Syuhada' Palestin'.perbahasan dan hujah2 dari figure2 hebat cenderung kepada membolehkannya.mereka dikurung dalam penjara besar itu.tiada bantuan dari luar.tiada bahan dan sumber dari luar.untuk mengisi perut pun perlu berhempas pulas,apatah lagi untuk mndapatkan bahan2 nuklear!salutelah pada kehebatan mereka di sebalik kekurangan.

Dan yang mengimpikan syahid itu bukanlah yang biasa2.lihatlah sejarah dan tarbiah hidup mereka.lihatlah kekentalan hati mereka.teladanilah semangat mereka.Dan sehingga tidak ada fitnah bagi agamaNYa.Al-Quds tidak pernah terlepas dari ingatan.berbagai2 jihad,adalah utk mempertahankan masjid umat ini!siapakah kita berbanding mereka yang dijanjikan Allah adalah sebaik2 pejuang.iaitu yang berada disekeliling Al-Quds dan memprtahankannya.


Aku pulang ingin mencari kepastian.Ingin mengukuhkan pendirian.Kutekadkan hati,akan ku ajukan soalan itu.apakah hukum amaliyyah istisyhadiyyah?adakah disamakan dgn bunuh diri?dan aku mndapatkan jawapan sama dgn detik dan pendirian hatiku.tidak sama sekali.

Siapakah yang mengajukan soklan ini?sunyi sepi..