Monday, August 23, 2010

promoting-promoting~

from perubatan_mesir email

Bismillah...

Assalamualaikum W.B.T.

Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "................dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya." (Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

CERAMAH SEMPENA NUZUL QURAN & IFTHAR JAMA'IE

Untuk makluman semua warga perubatan baik di Kaherah mahupun muhafazah yang lain, insya'allah PERUBATAN Pusat akan menganjurkan satu program ceramah bersempena nuzul quran dan diikuti dengan majlis ifthar jama'ie pada hari Rabu, 25 Ogos. Majlis akan bermula pada pukul 4.15 petang selepas asar di Beit Rahmah, Abou Rish. Oleh yang demikian, pihak BPI Perubatan 10/11 mengalu-alukan semua warga perubatan terutama yang tinggal di Kaherah bagi menghidupkan lagi program-program Ihya' Ramadhan pada tahun ini.

Antara menu menarik ifthar jama'ie nanti ialah:
1) Nasi campur
2) Ayam Bakar
3) Sup Sayur
4) Air Asam
5) Sirap limau ais

Anda semua juga dialu-alukan membawa juadah sendiri samada ringan atau berat untuk dikongsi bersama. Bersesuaian dengan hadis nabi s.a.w.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pada majlis tersebut juga, insya'allah akan dijalankan tabung infaq untuk Program Ihya' Ramadhan Perubatan (HRAM). Jadi sumbangan anda semasa majlis tersebut amat-amat dialukan. Sesunguhnya tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah.

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah,261)

Untuk warga perubatan sekitar Sayyeda Zainab, kehadiran kalian boleh dimaklumkan pada wakil-wakil batch di bawah manakala warga perubatan dari muhafazah2 lain boleh memaklumkan kehadiran kalian terus kepada pengarah dan timbalan pengarah sebelum zohor 24 Ogos..

Ikhwah: Nur Muhd Ammar Mohd Razak (Tahun 1)
Ahmad Marzuki Yusuf (Tahun 2)
Mohd Ihsan Hamdan (Tahun 3 ke atas)

Akhwat: Maha Ahmad (Tahun 1)
Husnina Khatijah Abd Khalid (Tahun 2)
Siti Noor Redzuani Shafeii (Tahun 3 ke atas)

* Mohd Najib Mustaffha (Pengarah-014597139)
* Nur Adibah Husna Aladdin (Timb. Pengarah-0146793174)

"SEMPURNAKAN RAMADHANMU"

Unit Publisiti
Program Ihya' Ramadhan Summer 2010 M/1431 H (IHRAM).

link2 berkaitan:http://summer.perubatan.org/2010/
http://thezikr.perubatan.org/

No comments:

Post a Comment