Saturday, July 10, 2010

matang xbermaksud kena kawen~

bismillahirrahmanirrahim..

salam perjuangan dari saya.semoga anda dan saya terus thabat di jalanNya yang benar.

berdasarkan tajuk post kali ini,walaupun mungkin ia agak sensitif tetapi saya sedaya upaya ingin mengajak kawan-kawan mengubah persepsi sikap kita.

kenapakah orang yang dianggap matang selalu dikaitkan dgn keperluan untuk berkahwin.ya,mungkin betul pandangan dan pemikiran itu.saya tidak menafikannya.

Tetapi,bagi saya tidak semestinya mindset itu btul.setiap orang ada persepsi masing-masing.

Bagi saya,kenapakah orang yang ber'couple',ber'dating' itu pada pandangan ramai dianggap telah dewasa?sedangkan yang berusaha menjaga dirinya dianggap kolot dan not up to date.huh~saya kehairanan.

sedarkah kalian,orang yang memikirkan kehidupan dunia dan seronok dengan segala isinya adalah orang yang childish,manakala orang yang memikirkan hubunganNya dengan Allah,sentiasa meningkatkan prestasi diri,kuat mujahadahnya melawan nafsu merupakan orang yang berjaya dan matang.

kenapa saya berkata begitu?kerana orang yang hidupnya sentiasa sibuk dengan urusan dirinya,urusan memanjakan diri,urusan memenuhi nafsunya hanya menghabiskan usianya untuk dirinya.Dan selagi dia tidak berubah bermaksud dia seorang yang berfikiran sempit.Kerana sepatutnya pemuda pemudi Islam perlu tahu tanggungjawab mereka adalah lebih besar.Lebih berat.Bukan sekadar memikirkan soal pakaian,makanan,minuman dan sebagainya.

Dia tahu masyarakat memerlukannya.Dia tahu Islam menanti kehadirannya.Dia lebih sibuk memikirkan masalah ummatnya.Dia lebih sibuk mencari ilmu.Antara banyak-banyak jalan,dia memilih jalan pengorbanan dan tanggungjawab.Di saat semua orang lain hanyut dengan dunia sendiri,dia gembira dengan dunia realiti masyarakatnya dan agamaNya.

Secara logikal,seorang yang mampu mengendalikan lebih ramai orang adalah lebih matang~perkara besar itu mematangkan~begitulah perjuangan Islam mengajar penganutnya dewasa bukan sekadar memikirkan dunia malah kehidupan yang sebenar nantilah yang menjadi keutamaannya.Orang yang bijaksana itu ialah orang yang memikirkan bukan hanya setakat di 'sini' tetapi sampai ke 'sana'-TGNA-

Berbalik kepada contoh di atas,biasanya orang yang dianggap 'dewasa' tadi oleh mata manusia tidak dapat apa yang ia ingini iaitu kawen.Sebaliknya orang yang dianggap kolot itulah yang akan cepat kawen..hahaha..

Tapi,saya tidak menyetujui teori ini 100%.salahkah yang matang itu kerana ingin menimba ilmu sebanyak mungkin,sehingga seluruh jiwanya seakan-akan dia telah berkahwin dengan ilmu.Nah,kerana itu soal bercintan-cintun adalah soal ke-10 dan barangkali soal ke nombor yang paling tercorot dalam kamus hidupnya.

Salahkah yang matang itu kerana ingin membeli kehidupannya dengan kehidupan akhirat?Dia sibuk dengan mengislah diri,tarbiah,dakwah dan kerja.Until they haven't enough time to say yes to LOVE what human beings said.(i mean opposite gender and not under Deen's law).

So,kepada semua yang nak kawen,buatlah cara 'kolot' di pandangan manusia but it's the GREATEST in Allah's view.^^

2 comments:

  1. k.az suka post ni:p
    shifa dah 'matang'..hehe;)
    ok..dah,nak stdy..bye2..hiiiii~

    ReplyDelete
  2. kwi3..:P
    ok,g stadi~doakan sama2~

    ReplyDelete