Monday, July 5, 2010

apakah anda sedar?

~anger not~
bismillahirrahmanirrahim..

anda bangun pagi dan lihatlah sekeliling..ada ape yer?
ada meja,kerusi n buku..tu bg student

ada suami,anak2,periuk nasi..ni plak utk suri rumahtangga

ada masalah,panggilan2..this is for workers..

ada botol susu,bantal dinousar...eh2,ni tuk baby lor~

ok2..jom pergi more deeper

dalam hati..pada sikap..pada perlakuan..

ape yg anda nampak?

kebaikan atau keburukan?

serabut ke tenang?

klu serabut di luar..cuba check kenapa..mybe
ia ada kaitan dgn di dalam..

saya ingin mengajak sekalian anda untuk menilai erti sebuah ketidaksempurnaan.

kenapa ALLAH cipta kita ada kekurangan?kita asyik fikir kita ni rendah.xsetaraf dgn yg lain.kita ni banyaknye buat silap..

oh2..jangan macam tu!anda rendah diri?anda xsempurna?

benar,semua kita tak akan sempurna.dan tak akan pernah sempurna!

cuba lihat orang sekitar anda.apakah aura darinya yang anda ambil?

tanpa saya dan anda sedari,orang2 di sekeliling kita mmpunyai aura yg tersendiri.

u are what u think and act.

jika anda memandang orang lain dgn kebencian,apakah anda mengharapkan mereka akan menghulurkan belas kasihan?tidak.anda salah jika berfikiran seperti itu.

semua orang tidak suka jika dia dimarahi,kn?

marah itu datang dari syaitan.dan syaitan itu adalah daripada api.sebaik-baik cara melawan penyakit marah adalah dengan mengambil wuduk.kenapa Rasulullah s.a.w. suruh maca tu?kerana cara Rasulullah itu adalah yang terbaik.Baginda kan role model teragung.Wuduk itu adalah daripada air dan ia akan menyejukkan api syaitan dalam diri orang yang sedang marah tadi.

ilmu psikologi pula mengatakan orang yang sedang marah adalah orang yang sedang mengalami kekalahan yang amat teruk kerana dia kalah kepada diri dia sendiri dalam mengawal emosi dan tekanan.so,kita yang berdepan dengan mereka yang sedang marah mesti cuba tidak 'menghangatkan suasana'.jika kita juga turut memarahi orang tadi,bermaksud kita juga terjebak dengan kekalahan yang amat teruk.

ok la,ideanya banyak sebenarnya tapi bila diri berada di medan sebenar,xkluar2 ideanya~haih~dia malu kot..xpe lah,sambung lain kali yer~





No comments:

Post a Comment