Saturday, June 26, 2010

hidup utk belajar~

bismillahirrahmanirrahim..

Hidup ini penuh warna-warni.Kadang jatuh,kadang bangun.Kadang suka,bersilih duka mendatang.Kadang hujan tetapi akan ada pelangi selepas hujan.

Setiap saat kita di sini,di posisi ini adalah perbicaraan Tuhan untuk kita.Bagaimana kita mentafsirkannya,bagaimana kita menerimanya dan bagaimana kita bertindakbalas kepada takdirNya.

Sy ingin berkongsi satu teori.
Seawal thn 90-an,pelajar2 medik yg dihantar belajar medik di Mesir adalah dalam jumlah yang sedikit.Mereka hidup suka dan duka bersama2 di tengah lautan orang Arab.Pada jumlah yang sedikit itulah,mereka mengenal erti setiakawan,kasih sayng,hormat menghormati dan ukhuwwah yang menjadi memori trindah dalam hidup.Tanyalah senior2 yang merasai pengalaman ini,akan dirindui saat ini bila masing2 mempunyai halatuju hidup masing2 bila balik malaysia.Mana tak nyer,pada kawan itulah,mereka kongsi keriangan.Pada teman itulah,mereka sembamkan air mata dan tangisan.Kawan itulah kakak.kawan itulah ibu dan ayah.

Hari ini,Mesir menyaksikan lambakan pelajar2 perubatan yg dtg dr Malaysia.Kerana ramainya jumlah dan kita tidak sedalam2nya merasai suasana berada di tgh2 org Arab..membuat kita selesa seperti berada di Malaysia.

Bila xtahu sesuatu benda,tidak mengapa..kan orang lain ada.
Bila xreti nak beli barang dgn Arab,jangan risau..kan persatuan kita ada jual..
(contoh shj)

Tidakkah ia suatu kerugian?Merantau jauh2 tanpa ada perubahan sikap?kembarailah kehidupanmu!kau akan temui mutiara2 berharga.

Andaikan dirimu dan sahabt2mu ibarat senior2 tadi..Suka duka,pahit manis dirasa bersama..Janganlah meninggalkan temanmu itu tanpa membantunya~Janganlah dicari sahabat yang kita anggap dia lebih baik dari yang dulu..Manusia selalu menginginkan sesuatu yang sempurna,hakikatnya kita semua adalah tidak sempurna..
Janganlah dicari yg sempurna jika kita tidak cuba mnjadi yg lbih baik..
Open ur mind and heart..

Tetapi bukan brmaksud kita tidak boleh berkawan dgn orang yg sememangnya sahabat kita.Sebaik2 kamu adalah yg bergaul dgn masyarakat dan bersabar dgn karenah2 manusia.bergaullah dgn manusia utk mmperbaiki dirimu..bermasyarakatlah utk menerima dan memberi.Nescaya kau akan temui di sana ada kerendahan hati,ketulusan bicara dan kau akan mengenal mana kawan dan mana lawan..

Dan setelah ditemui pengalaman2 berharga,bantulah sahabat2mu..kerana kita tidak ingin masuk syurga sorang2..kerana kita bersaudara..kerana kita diperlukan dan memerlukan~

Sama2 menuju Redha Allah~bersihkan hati,nscaya perbuatanmu bersih.

Perumpamaan di atas sebenarnya boleh diaplikasikan dalam konteks menjadi seorang daie..Andaikanlah kita sbg daie adalah pelajar medik dan lautan masyarakat Arab adalah mad'u..walaupun dikritik,anggap sahaja kita tidak mengerti apa yang dikritiknya~jika kritikan itu xbtul~hee~seprti org malaysia yng tercengang2 xpaham bahasa Ammi(bahasa Arab pasar)..kuwi2..atau dengan kata lain..buat2 DEAF..huhu..boleh ker?tepuk dada,tanya diri..

P/s:penulisan di atas merupakan pandangan peribadi dan tiada kena mengena dgn yg hidup atau yang mati..^^

No comments:

Post a Comment