Thursday, April 29, 2010

daun=leaf

If u ever see a fresh leaf than an old one?

Sesungguhnya pada penciptaanNya itu terdapat tanda-tanda kebesaranNya bagi ORANG YANG MENGERTi..

Jika dilihat dan diperhatikan.Apakah yang ada dari hanya daun pokok.Tidak dipandang pun tidak menggugat sesiapa..malah yang menjadi perhatian dan rebutan adalah buahnya.Tapi,kali ini marilah kita sama-sama meneliti dan mentaksir apa yang tersirat di sebalik penciptaan kecil yang agung ini.

Daun pokok diciptakan dengan permulaan yang lembut,tidak keras dan mudah dikoyak oleh sesiapa sahaja.Daun pokok mangga misalnya,berwarna coklat keperangan pada pucuknya sama seperti daun pokok yang sudah tua.Begitulah juga diibaratkan pada penciptaan manusia.Diciptakan manusia pada permulaan dalam keadaan bersih,suci,lembut dan mudah dilentur.Usia kanak-kanak ibarat air yang lembut.Bagaimana acuan dan bekas untuk air itu,begitulah ia akan terbentuk.Besar atau kecilkah ia bergantung pada acuan tadi.

Kemudian,dilihat pula pada daun yang sudah matang.Berwarna hijau dan ditunjangi urat-urat yang menjadi tulang belakangnya.Tidak lagi ia mudah dikoyak pada urat yang kukuh itu.Manusia juga seperti itu,bila ia sudah melihat dunia luar yang lebih luas dan terbuka dari dunia imaginasi kanak-kanaknya,ia akan semakin matang dan melalui proses menguatkan jati diri.Usia ini juga,jika tidak dimanfaatkan akan mudah rosak oleh racun-racun serangga atau ulat kehidupan seterusnya jadilah ia daun yang berlubang atau berkedut.

Akhirnya,daun yang sebentar tadi gah menghijau,kan semakin keras tetapi ia akan berbalik kembali kepada sifat asalnya,mudah dikoyak atau dipatahkan dan berwarna coklat..manusia yang melepasi usia matang akan teguh dengan pendirian yang dibentuknya ketika usia matang.Terlalu susah untuk dia menerima sesuatu yang baru dengan jiwanya.Walaupun jiwa mereka tetap,tetapi mereka mempunyai hati yang mudah tersentuh kerana Allah menjadikan manusia kembali kpd sifat asalnya.

Oleh itu,sama-samalah menjadi orang yang paling teguh pada agama dan perjuangan yang benar tanpa ada rasa diri adalah yang terhebat agar kita tidak sia-sia.Jadilah juga daun hijau yang sentiasa mengambil pelajaran dari daun keras yang coklat tetapi tidak lupa untuk membimbing daun lembut yang coklat.

No comments:

Post a Comment