Thursday, February 11, 2010

baiti jannati

bismillahirrahmanirrahim..

skali trkenang zaman kanak-kanak..zaman yang mungkin sungguh menyeronokkan.Dikelilingi suasana yang bahagia.kawan-kawan yang baik,keluarga yang penyayang,sekolah yang best,atau mungkin mnjadi insan yang selalu dapat apa yang dia ingini..

Tetapi,mgkin ada yang melalui zaman kanak-kanak sebagai suatu zaman yang jauh dari keindahan untuk dikenangi..mungkin ada yang tidak mahu diingat langsung..jadi mimpi buruk pun ada..
ye la kn,zaman child tu sdikit sbanyak mempengaruhi hidup kita di masa mndatang..
kerana manusia itu belajar dari kesilapan..bila manusia tu dah lalui pengalaman-pengalaman yang pahit,dia akan berusaha utk mnjauhkan dirinya dari perkara itu di masa-masa mndatang.

seorang anak yang belajar di sekolah agama tidak semestinya mnjadi insan soleh yang diharapkan jika kelurga bahagia hanya jadi idaman dan angan-angan semata..kerana ketiadaan role model dari orang-orang sekitar.

seorang bapa yang selalu mnjadi rujukan masyarakat dalam masalah agama tidak akan mampu mendidik anak-anak mnjadi sepertinya jika keluarga sendiri tidak ditarbiahkan dengan ilmu yang banyak di dada si bapa.

isteri yang meminta cerai dari suami,apakah terdaya melahirkan insan-insan yang cintakan kebaikan jika kebaikan itu sndiri tidak layak dilabelkan dalam kamus hidup keluarganya.

Kerana itulah,Islam mngajar kita agar memulakan tarbiah itu dari rumah.Di zaman yang semakin kurang komunikasi antara manusia ini,tanggungjawab mewujudkan biah solehah dalam keluarga smakin mncabar..

tidak hanya menharapkan didikan di sekolah kerana setiap ilmu yang dipelajari perlu kepada praktikaliti agar ilmu itu tidak hilang,pergi begitu sahaja meninggalkan tuannya..

tidak hanya meletakkan tanggungjawab itu di bahu seorang ayah..kerana si ayah juga ada kekurangan yang perlu diisi oleh seorang ibu..seorang ayah banyak memberi dalam bentuk nafkah dan kewangan keluarga,seorang ibu cenderung kepada kasih syang dan menjadi sahabat yang baik untuk keluarga.Anak-anak sebagai penolong dalam kerajaan kecil ini..

bila semua ahli memainkan peranan masing-masing,tiada lagi kekacauan dalam keluarga.

seorang anak yang belajar agama dan berusaha mempraktikkan ilmu itu di rumah walau tidak disenangi.

ayah yang bekarja ikhlas kerana Allah,bukan untuk mengejar nama dan kekayaan dunia.

ibu berkerjaya yang menguruskan diri untuk keluarga dan masyarakat semata-mata kerana mengharapkan ganjaran akhirat.

semua ini bermula dengan satu titik permulaan.iaitulah kembali kepada tujuan hidup kita yang sebenar.walau siapa pun yang kita jadi,buatlah kerana Allah.Hiduplah kita semata-mata untuk mencapai redha Allah..janganlah permusuhan itu dibiar membengkak dan menggelegak dalam diri,akhirnya keluar menjadi lava yang memusnahkan segala.janganlah dunia,kekayaan,pangkat itu dijadikan tujuan dalam hidup.Dan janganlah dicari ilmu itu jika bukan untuk diamalkan dengan sebaik-baiknya.

Barakallahu lakum..

2 comments:

  1. suka entri ni!
    waah, dah matang adikku seorang ni. bangga2. :)

    ReplyDelete
  2. hehe..matang ker?ermm,tgkla cane nati balik ni..

    ReplyDelete